TEKS MIMBAR DAIE : SOLAT 


MARILAHKITA MENINGKATKAN KETAQWAAN KITA KEPADA ALLAH SUBHANALAH TAALA DENGAN PENUH KEYAKINAN DAN KEIKHLASAN DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA MUDAH MUDAHAN KITA MENJADI INSAN YANG BERIMAN DAN BERTAQWA SERTA SELAMAT DI DUNIA DAN DIAKHIRAT.

SEMBAHYANG ADALAH RUKUN ISLAM KEDUA SELEPAS MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH.PERINTAH SOLAT INI TELAH PUN BERMULA SEMENJAK BERLAKUNYA SATU PERISTIWA ISRAK WAL MIKRAJ YANG DILALUI OLEH BAGINDA NABI MUHAMMMAD SAW

SESUNNGUHNYA KEDUDUKAN IBADAH SOLAT TINGGI DISISI AGAMA ISLAM KERANA SEMBAHYANG MERUPAKAN TIANG AGAMA. MAKA SIAPA YANG TIDAKMENGERJAKAN SOLAT, BEERTI RUNTUHLAH AGAMANYA .SEMBAHYANG INI MERUPAKAN TIANG AGAMA YANG WAJIB DITEGAKKAN.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

KETAHUILAH RINGAN ATAU BERATNYA SEMBAHYANG BERGANTUNG KEPADA KEIMANAN SESEORANG.SEMAKIN BERIMAN SESEORANG ITU,SEMAKIN RINGAN SESEORANG ITU MELAKUKAN IBADAH SEMBAHYANG.TETAPI SEMAKIN KURANG IMANNYA SEMAKIN SUKAR DAN BERAT LAH SESEORANG ITU UNTUK MELAKUKAN SEMBAHYANG

SESUNGGUHNYA IBADAH SEMBAHYANG AMATLAH BESAR GANJARANNYA..SEMBAHYANG JUGA DAPAT MEMBANTU MANUSIA DARI AZAB AKHIRAT.SEMBAHYANG JUGA BOLEH MENGHILANGKAN RASA GELISAH DAN DAPAT MEMBERIKAN KETENTERAMAN ,KEBAHAGIAN HIDUP DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.DI DALAM ALQURAN TERDAPAT BANYAK AYAT YANG MEMERINTAHKAN KITA UNTUK MELAKUKAN SEMBAHYANG.

SEPERTI DIDALAM SURAH AL ANKABUT ALLAH BERFIRMAN

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ

dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; 

MAKA ADA BEBERAPA KELEBIHAN DAN KEBAIKAN MENDIRIKAN SEMBAHYANG SEPERTI BERIKUT


-SEMBAHYANG DAPAT MEMBANTU DIRI SENDIRI,KELUARGA DAN MASYARAKAT UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG BERBUDI PEKERTI DAN BERAKHLAK MULIA.

SEMBAHYANG JUGA DAPAT MENGHINDARI PERBUATAN SOSIAL SEPERTIRASUAH , MEMBUNUH ,BERZINA ,MEROMPAK DAN SEBAGAINYA.


SEMBAHYANG JUGA MENJADI KUNCI UTAMA KITA UNTUK MENDAPATKAN REZEKI YANG HALAL DAN DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.


IA NYA JUGA DAPAT MENYUCIKAN DIRI SAMA ADA PADA ROHANI ATAU JASMANI SESEORANG 

SEPERTI DI DALAM SEBUAH HADIS...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَفِي حَدِيثِ بَكْرٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْيَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ هَلْ يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ قَالُوا لَا يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ قَالَ فَذَلِكَ مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِنَّ الْخَطَايَا


Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, sedangkan dalam hadis Bakr, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimana pendapat kalian, sekiranya ada sungai berada dekat pintu salah seorang diantara kalian yang ia gunakan untuk mandi lima kali sehari, mungkinkah kotorannya masih ada?” Para sahabat menjawab; “Kotorannya tidak akan tinggal.” Baginda bersabda; “Itulah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahan.” (HR Muslim No: 1071) Status: Hadis Sahih


SESUNGGUHNYA SOLAT DIWAJIBKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM YANG SUDAH BALIGH,BERAKAL DAN SUCI DARI SEGALA HADAS.WALAUPUN SOLAT TIDAK DIWAJIBKAN KEPADA YANG BELUM BALIGH,TETAPI MEREKA PERLUKAN LATIHAN AWAL DARI IBUBAPA DAN PENJAGANYA...

KECUAIAN IBUBAPA DAN PENJAGA MENJADI ASBAB MENGAPAKAH ANAK ANAK MEREKA MALAS UNTUK MELAKUKAN SOLAT.


DIJADIKAN TANGGUNGJAWAB IBUBAPA DAN PENJAGA UNTUK MEMBERI PERINGATAN DENGAN PUKULAN YANG TIDAK MENYAKITKAN KEPADA ANAK ANAK MEREKA YANG SUDAH CAPAI 10 TAHUN YAMG ENGGAN MENUNAIKAN SOLAT.


KETAHULAH KEWAJIPAN SOLAT KEPADA ORANG KURANG UPAYA JUGA DITUNTUT DALAM ISLAM.

CUMA CARA DAN PENGERJAAAN NYA SEDIKIT BERBEZA., SAMA ADA BERDIRI ATAUPUN BERBARING.


DI ZAMAN YANG MODEN INI,MANUSIA SEMAKIN SIBUK,DAN BERMACSAM AKTIVITI DALAM KEHIDUPAN

HAL INI AKAN MENYEBABKAN KITA LEKA DENGAN KESIBUKAN TERSEBUT.DENGAN KESIBUKAN INI, JANGANLAH MENJADIKAN ALASAN UNTUK KITA MENINGGALKAN SOLAT.SEMBAHYANG TETAP WAJIB DITUNAIKAN PADA WAKTUNYA.

KESEMPURNAAN SEMBAHYANG MERUPAKAN ASBAB KEPASA KESEMPURNAAN IBADAH YANG LAIN

IA BERMAKSUD,KECUAIAN SOLAT DAPAT MENJEJASKAN IBADAH YANG LAIN...HSLI INI KERANA IBADAH SOLAT MERUPAKAN IBADAH PERTAMA YANG DIHISAP OLEH ALLAH DI HARI PEMBALASAN KELAK.


SEPERTI MANA NABI SAW BERSABDA:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَوَأَنْجَحَ،وَاِنْفَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ. .


Artinya: "Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada diri seorang hamba pada hari kiamat dari amalnya adalah shalat. Jika shalatnya baik, sungguh ia beruntung dan sukses. Jika rusak shalatnya sungguh ia menjadi orang yang merugi." (HR Abu Dawud, An-Nasai dan At-Tirmidzi)


MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
PERLU DIKETAHUI SOLAT MENUNTUT KEPADA KEIKHLASAN DAN KETAQWAAN KETIKA MENGHADAP ALLAH.JIKA IA DAPAT DILAKUKAN DENGAN SEMPURNA, MAKA KITA AKAN DAPAT RASAKAN KEMANISAN IMAN DAN PERUBAHAN DALAM DIRI DARI SATU TAHAP YANG LEBIH BAIK KE SATU TAHAP YANG LEBIH BAIK.

MARILAH KITA BERSAMA SAMA BERISTIQAMAH MENDIRIKAN SOLAT AGAR KITA TENANG ,AMAN DAN BAHAGIA.SEMOGA KITA AKAN DAPAT PAHALA YANG BERLIPAT KALI GANDA ,MENDAPAT RAHMAT KESELA,ATAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.


حَـٰفِظُوا۟ عَلَى ٱلصَّلَوَٰتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلْوُسْطَىٰ وَقُومُوا۟ لِلَّهِ قَـٰنِتِينَ ٢٣٨

/Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.


ITU SAHAJA DARI SAYA ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


SYUKRAN.

Comments

Popular Posts